Thursday, February 21, 2008

Pilihanraya Oh... Pilihanraya, Semoga Kampungku (Kg. Sukai Padas Damit, Beaufort) Maju 50 Langkah Lagi

"Selamat Datang Bakal Pemimpin Baru N27" Ucapan anak rantau buat Kamarlin Ombi.

Melihatkan keratan akhbar Berita Harian Online, (Khamis, 21 Februari 2008) rasa terpanggil untuk melambaikan 'Nunu abar tangahnyok?' (Apa khabar Tuan?) buat calon UMNO N27 Lumadan yang baru.

Buat Bekas Cikgu SK Padas Damit (kata ayahku), bantulah Kampungku yang jauh tertinggal 50 trilion batu majunya dari kampung-kampung lain.

P177 Beaufort Datuk Lajim Ukin (BN-Umno)
N25 Klias Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Umno)
N26 Kuala Penyu Belum Diumumkan (BN-UPKO)

P178 Sipitang Datuk Sapawi Ahmad (BN-Umno)
N27 Lumadan Kamarlin Ombi (BN-Umno)
N28 Sindumin Ahmad Bujang (BN-Umno)
Umumnya, semua nama ini cukup familiar dihatiku. Cuma masa belum menemukannya untuk bersembang sama. Takut juga di gelar monyet yang menagih pisang di suatu hari. Kupasti tidak sebegitukan, tuan-tuan YB. Namun kini, mereka tidak jauh dariku, cuma selambai salam 'insyaallah' dariku.

Datuk Sapawi Ahmad umpamanya, pernah kukenal sebagai orang biasa di TASKI ABIM Tanjung Aru. Zaman-zaman aku sebagai kader ABIM di Yayasan Budi Akademik, Kota Kinabalu.

Kamarlin Ombi, pula Olon Tokow kata ayahku, bekas seorang guru sekolahku di suatu waktu dahulu. Samalah juga seperti Cikgu
Mahdzir Khalid (Kini Datuk Seri Mahdzir Khalid) Pengerusi BN Kedah.

Apa yangku bangga, mereka naik maju kehadapan. Kuharap jalan yang terbengkalai dari bumi Kuala Balik, Padas Damit, Beaufort sampai ke penghujung jalannya. Apa yangku harapkan, Kg Sukai Padas Damit, Beaufort direntasi jalan tar dengan jambatan usang berzaman ditukar lebih bertamadun (bersebelahan Kebun Ladang Pokok Jarak Datuk Dayang Mahani tu). Apa yangku harapkan talian telefon merintangi dari rumah ke rumah kampungku.

Nak dikatakan mahal ke pembangunan untuk Kg Sukai Padas Damit, Beaufort tu? Takde la. jalan kampung batu hanya RM200/- selori. Selori boleh digunakan untuk ketahanan sedalam 4 kaki (Kalau tak ikut standard jalan). Dari jalan utama cuma 700 meter. So baru berapa?

Nak kira belanja tar jalan (kalau takde bengkok) cuma RM50/- pukul bersih bagi selori setengah batu. Sap sap sui... tak habis duit peruntukan UMNO dan Negeri bagi membangunkan Kampungku. Tidak dikira lagi duit peruntukan pembangunan persekutuan. Nak cerita RMK-9, tak payah la. Nak cerita SDC juga tak payah la.

Cuma pesanku, buat bakal YB N27 Lumadan, saudara Kamarlin Ombi jayakanlah Kampung Sukai Padas Damitku. Jangan hanya Kg Lupak semata. Janganlah sampai Komuniti Bestari (KomBes) mengangkat nama.

Akhir kata 'SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERJAYA' dariku anak rantau yang sentiasa memantau perkembangan pembangunan Kg SUkai Padas Damit, Beaufort. Sabah. Buat ex-YB, SELAMAT JUGA BUATMU, TERIMA KASIH di atas penurapan jalan sepanjang entah berapa kilometer yang lalu. SAYONARA.

Walasalam buat YB.


Saturday, January 19, 2008

Kampungnya Betul Betul Sudah BERJAYA...... (50 Tahun Negaraku Gagah Gemilang)

Jauhku berjalan, luas juga pemandangan. Namun, berat mata memandang, sentiasa berat hatiku memikul.

Pedihnya, bila Kampungku Sudah Berjaya, tapi Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA.

Kali ini, aku melawati sebuah Kampung di selatan tanahair. Mmmmm tarikhnya, 21 Dis 2007. Tidak jauh dari tarikh aku melawat Kampungku Sudah Berjaya. Syoknyer.... Bestnyer andai kata Kampungku juga seperti Kampungnya.

Kampung Air Hitam, Muar Johor. Disitulah destinasiku. Dimana arus permodenan menjanamu sebagai sebuah kampung moden terkesejuta moden dari Kampungku yang sudah berjaya.

Bagaimanakah permodenan ini berlaku????

Adakah disebabkan oleh :-
  1. Seorang pemimpin yang prihatin dengan masyarakatnya?
  2. Seorang pemimpin yang benar-benar tahun amanah rakyat dan masyarakatnya?
  3. Seorang pemimpin yang tahu bahawa akhirat itu pasti?
  4. Atau faktor-faktor lain demi masyarakatnya?

Kampung Air Hitam, Muar, Johor
Dimana Jalanraya Merentasi Hingga Ke Tangga Rumah


Indahnya, desa bila jalan-jalan tarmik merentasi hingga ke tangga rumah, setiap rakyat Malaysia. Alangkah bangganya, andaikata ianya Kampungku.

Tiada alasan, kenapakah kemajuan infra tidak boleh Kampungku kecapi. Tiada alasan jalan-jalan tarmik tidak Kampungku rasai.

Modennya Kampungnya kerana beberapa faktor (Yang sepatutnya, lebih baik dari Kampungku Yang Sudah Berjaya):-

Politik
  • Kampungnya Betul-betul Sudah BERJAYA, diterajui oleh Kerajaan Rakyat yang dipilih. Kerajaan yang sama dipilih oleh masyarakat Kampungku Sudah BERJAYA. Ia dipimpin oleh bukan bangsa Kampungnya yang lebih tampak prihatin tidak kira masa (Meskipun bukan hari pilihanraya). Kenapa agaknya......... Tepuk je lah dulang berbunyi ke tidak. tepuk je periuk berbunyi ke tidak.
  • Di Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA, pemimpin Kampungnya sentiasa mengucapkan perkataan 'To Ceh' (Terima Kasih) kot... Entah di Kampungku Sudah BERJAYA, barangkali hanya perkataan 'Ombo' iro mapandai gulu' (Siapa kata mereka masyarakat Kampungku ini pandai.) atau 'Bah bisidia palui bah..... Kalau di bari Atap Jing, dibuat parit sanyap la bisidia ani' (Masyarakat dan penduduk disini bodoh, Kalau kita bagi Atap Zink, buat parit senyap lah masyarakat di sini) atau barangkali 'Kon ko tulun lok, Tasu' (Bukan Orang yang diam di sini, Anjing jer) kot.
  • Pelik tapi benar.... Kenapakah pada kepimpinan Kerajaan yang sama tapi ada jurang pemisahnya. Barangkali, rakyat Kampungku Sudah BERJAYA ini BANGSAT atau lebih dari itu. Manakala, masyarakat Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA masyarakat terpilih. Namun yang jelas, kedua-duanya memakan beras yang sama, bernafas udara yang sama dan melihat mentari yang sama. Jelas juga keduanya sama melihat Mentari terbenam di ufuk Barat. (Kot juga Kiblat yang sama)
  • Pelik tapi benar.... kenapa pemimpin Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA, membangunkan Kampungnya. Kenapa pemimpin Kampungku Sudah BERJAYA pula menganak-tirikan Kampungku. Agaknya bila Pak Lah menjejak kaki ke Kampungku bari tangis Kampungku di dengari. Seperti cerita Highway Sindumin Beaufort di era Tok Det dulu (Maaf..... dah Tan Sri).
Ekonomi
  • Hasil bumi Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA :-
  1. Kelapa Sawit
  2. Getah
  • Hasil bumi Kampungku Sudah BERJAYA :-
  1. Kelapa Sawit
  2. Getah
  3. Rumbia
  4. Home stay (Pelancongan)
  • Hasil bumi Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA tampak kureng dari Kampungku Sudah BERJAYA. Namun, persoalannya, kenapa mereka mampu jauh sejuta tapak dari masyarakat Kampungku Sudah BERJAYA. Mungkin kerana kebijaksanaan. Mungkin kerana pemimpin Kampungnya Betul-Betul Sudah BERJAYA yang sayangkan Kampungnya sendiri. Entahlah...
  • Pelik tapi benar.... bila pemimpin Kampungku dibenci, berdramalah ia. Menangis kononnya duit tiada. Peliknya bila pemimpin Kampungku disoal kenapa itu dan ini. Jawapannya mudah "Sibuk membangunkan bangsa dan menyelesaikan masalah pemimpin lama". Kak oiiii, Lucunya.......... Pemimpin tu la kerjanya. Jangan jadi pemimpin kalau banyak saja alasan.
  • Terang lagi bersuluh, Kampungku lebih subur dari Kampungnya. Kampungku kaya hasilnya. Ke mana perginya hasil bumi Kampungku.........
Bentuk Muka Bumi
  • Tanah bumi Kampungku subur, berbanding Kampungnya yang lebih masin (tanah gambut). Campakkan apa jua benih ia akan menjadi.
  • Tanah bumi Kampungku juga keras memudahkan pelbagai infra menjejakinya. Bangunan mudah didirikan. Jalan rendah kos pembinaannya. Kampungnya????? Dari segi fakta, nak buat rumah belum tentu kalau tidak ada pasak mahupun pasu untuk mengeraskannya. Nak buat jalan???? sakit ler... tanah jerlus kalau tak menjadi pun. Itulah kelebihan Kampungku dengan Kampungnya.
  • Butakah mata menilai???? Butakah akal memikir???? Butakah masyarakat memilih????? Geram betul dengan Kampungku yang tertinggal kerana pandangan KEBANGSATAN saja.
  • Jelas, biarpun esok kiamat, mahupun semalam kematian Kampungku tidak akan mampu melangkah setapak apakan pula seribu, kerana kebijaksanaan pemimpinnya.
Komander
  • Dalam menghadapi peperangan yang muktamad, komander itu penting. Bukan yang meletakkan askar untuk mati sia-sia. Komander yang tidak menimbangkan faktor peperangan akan tewas sedikit masa lagi. Banyak peperangan diungguli oleh mereka yang bijaksana. Bukan oleh Komander yang The Most Idiot.
Lihatlah pemimpin Kampungku bezanya kita dengan Kampungnya..... gambar-gambar ini kuhadiahkan buat kalian. Buat Pemimpin yang bangkit dari titik peluh rakyat Kampungku, semoga kau mengingati Kampungku yang kau injak-injak dan kau ludahi. Kalau kau mengenalku salam perkenalan sudah tidak layak buatmu.

Wednesday, December 5, 2007

Kampung Padas Damit, Beaufort-Kampungku Sudah BERJAYA...... (10 tahun sebelum MERDEKA)

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat setiap warga Malaysia.

Namun, bagi rakyat negeriku, 16 September 1963 merupakan tarikh yang menjadi pelbagai kenangan dan sejarah sebenar kemerdekaan negara mereka yang MERDEKA.

Segenap rantau anak muda kampungku menjelajah mencari rezeki dan pengalaman. Segenap ceruk jualah anak muda bersilih ganti menjelajah kota metropolitan Malaysia demi sesuap nasi dan dahagakan sesuatu. Arak..... giling kepala, milo ais, kopi, susu, nescafe atau mineral water, giling kepala.

Jadi apa yang mereka mahu?

Kesenangan.....?

Kekayaan.....?

Pelepasan Tekanan...?

Giling kepala!!!!! Jadi apa mereka mahu ?

PEMBANGUNAN dan kemerdekaan dari belenggu kemiskinan.

(Luahan ini bukan, mencabar mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan imejan atau perlambangan perorangan istilah, tetapi realiti sebenar kehidupan sebuah kampung yang jauh tertinggal di belakang dari arus permodenan. Tiada media mahu mungkin memncungkilnya. Atau TERLEPAS PANDANG golongan tertentu hinggakan mereka jauh tertinggal di belakang. Terdapat juga nama-nama perorangan yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga peluah rasa. Namun realiti sebenar, datanglah ke sini, dan jangan lupa tanya mereka yang tinggal di sini. Buat tatapan gambar-gambar ini semua adalah 'fresh' semasa lawatan ini dibuat ke Kg. Padas Damit, Beaufort Sabah.)

LATAR BELAKANG Kg. PADAS DAMIT, BEAUFORT.

Secara umumnya, Kg. Padas Damit, Baeufort Sabah ini didiami majoritinya oleh kaum Bisaya.

Umum mengetahui, dari segi sejarahnya, Daerah Beaufort telah diterokai pada tahun 1898, dan Daerah ini mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi kerajaan British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Syarikat Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P.Beaufort.

Kerajaan British North Borneo telah mengujudkan Pusat Pentadbiran Daerah di daerah ini pada tahun 1915 dan Pegawai Daerah yang pertama daerah ini ialah Mr. E.C.Erving.

Asalnya Daerah Beaufort ini hanya dekenali sebagai Padas sahaja.

Dari segi politiknya Daerah Beaufort (termasuklah Kg. Sukai Padas Damit, Beaufort Sabah), di bawah DUN N.23 Lumadan, yang pernah diterajui oleh pelbagai pemimpin watan negeri, termasuklah YB Datuk Hj Mohd Dun Banir (sekarang ini Datuk Seri Penglima), YB Johari Datuk Hj Mohd Dun, YB Datuk Hajjah Dayang Mahani Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae dan terkini oleh YB Datuk Surinam Hj. Sadikon semenjak tahun 1999 lagi.
Y.B. Datuk Surinam Hj. Sadikon
ADUN N.27 Lumadan (Kini)

JADI APA YANG MEREKA MAHU? PEMBANGUNANKAH? ATAU KEMERDEKAAN DARI BELENGGU KEMISKINAN ITU SENDIRI?

1978 tarikh bermulanya kulangkahi untuk berpindah mengikut keluarga mencari sekeping kertas bernama sijil dan yang akhirnya meloloskan aku dengan segulung ijazah pada tahun 1998 (kini bergelar seorang Akauntan Bertauliah dan Berdaftar di bawah "Malaysian Institute of Accountants" semenjak tahun 2001 lagi, di Kota Metropolitan Ibu Negara).

Setelah 29 tahun kutunggalkan kampung ini, inilah dapatan yang dapat kupaparkan buat tatapan pemimpin nombor satu negara yang kusanjungi. Semoga coretan ini dapat membantu golongan terkebelakang ini untuk maju setapak lagi kehadapan. Sumbangan tatapan 50 tahun kemerdekaan negara, bagi membuktikan bahawa ada lagi bangsa Malaysa belum merdeka. Meskipun, ada yang membanggakan, namun, ada jua yang menyedihkan. Komen-komen positif pengunjung cukup memilukan, malah menyedihkan hatiku menerimanya. Namun apakan daya, ia adalah kampungku tanah tumpah lahirku, yang telah mengebumikan talian pusat penyambung nadiku suatu ketika dahulu yang kini inginkan pembangunan.

-----o0o-----

Tarikh 22 Nov 2007 cukup bermakna bagiku setelah ada kesudian saudara sebangsa Melayuku datang menjenguk kampungku yang becak ("macam 10 tahun sebelum merdeka" kata salah seorang pengunjung yang datang ke kampungku.) Ia sempena perkahwinan adik perempuanku di Kg Sukai Padas Damit Beaufort, Sabah. Itulah tuahku bila keluarga isteriku datang menjenguk kampungku.

Gambar Bersama Keluarga Baru (Penulis) En. Azmi Hj. Razali (pengantin)
dari Kg Telok Penglima Garang, Banting,Kelang, Selangor Darul Ehsan


Gambar Bersama Keluarga (Penulis) En. Salleh Hashim dari Kg Air Hitam, Muar
Johor dan En. Ismail Mohd Sham dari Kg. Sukai Padas Damit


Mungkin, juga ia menjadi tatapan pemimpin negara yang ingin membangunkan tempat ini. Betapa nasihatku luahkan bahawa kerajaan akan membangunkan tempat ini, disulam dengan jawapan "Bila...... Sampai Kucing betanduk ka?"

Dalam pengamatan empat mata yang saya fikirkan, pembangunan utama yang perlu diwujudkan adalah Prasarana (Infra) seperti juga Kota-kota, Bandar-bandar, pekan-pekan, Desa-desa, kampung-kampung di Semenanjung Malaysia. Ini terutamanya jalan-jalan raya yang lebih baik dan berkualiti dalam membantu memasarkan hasil-hasil bumi penduduk kampungku Kg Padas Damit, Beaufort Sabah.

Selamat melihat pembangunan setelah 50 tahun kemerekaan negara Malaysia.

Jalan Utama yang Menghubungkan Kg Padas Damit dengan Pekan Beaufort.
Dijangka siap pada 6 Disember 2007 (Tarikh gambar diambil pada 28 Nov 2007)
(Ianya masih tidak berturap (tiada aspal kata orang Kg Padas Damit Beaufort Sabah))



Papan Tanda Kerja Penaikan Taraf Jalan Utama yang
Menghubungkan Kg Padas Damit dengan Pekan Beaufort.



Sempadan berturap di Jalan Utama yang
Menghubungkan Kg Padas Damit dengan Pekan Beaufort.


Jalan Utama yang sentiasa becak dek hujan
Menghubungkan Kg Padas Damit dengan Pekan Beaufort.


Sistem Perparitan Jalan Utama yang baru (Kini terbengkalai)
Menghubungkan Kg Padas Damit dengan Pekan Beaufort.


Jentolak dan lori Pembangunankah ini.... Atau Misi Peribadi untuk
Pembangunan Peribadi Seseorang di Kg Padas Damit dengan Pekan Beaufort.


Papan Kenyataan Awam Mukim Kg Padas Damit, Beaufort.
Daif dan Usang semenjak dari tahun 1970-an lagi.

-----o0o-----

Kg. SUKAI PADAS DAMIT, BEAUFORT SABAH KU JUGA INGINKAN PEMBANGUNAN DAN KEMERDEKAAN DARI BELENGGU KEMISKINAN.

Kg. Sukai Padas Damit, Beaufort Sabah merupakan Mukim Padas Damit, Beaufort Sabah. Ia merupakan perkampungan paling popular di dalam mukimnya, berbanding dengan Kg. Kantor Padas Damit, Kg Tanginang Padas Damit, dan Kg Balai Padas Damit, Beaufort Sabah.

Infra juga merupakan idaman pembangunan Kg Sukai Padas Damit Beaufort, Sabah. Ini termasuklah infra jalanraya, bekalan air dan infra bekalan tenaga elektrik. Jalan-jalan perhubungan amat mendaifkan, dan menyentuh perasaan memandang.

Lihatlah betapa daifnya infra yang menghubungi kampungku, Kg. Sukai Padas Damit , Beaufort, Sabah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Jambatan usang perhubungan Kg. Sukai Padas Damit
dengan Jalan Utama Kg Padas Damit, Beaufort.



Jalan perhubungan luar yang sentiasa becak dek hujan dan menghubungkan Kg
Sukai Padas Damit dengan Jalan Utama Kg Padas Damit, Beaufort.


Memilukan jalan perhubungan dalaman yang sentiasa becak dek hujan
di antara kampung ke kampung
di Kg Sukai Padas Damit, Beaufort.

Balairaya Usang Kg. Sukai Padas Damit Beaufort, Sabah.
Sepatutnya berfungsi sebagai Pusat Pertemuan Penduduk dalam menangani masalah setempat.

Pejabat dan Kelas KEMAS Usang Kg. Sukai Padas Damit Beaufort, Sabah.
Sepatutnya berfungsi sebagai Pusat Ilmah Kampung dan Wacana Kemajuan
Penduduk setempat.


Perhentian Bas Kampung yang Kreatif Kg. Sukai Padas Damit Beaufort, Sabah.
Berfungsi sebagai Tempat Menunggu Bas ke luar Kg Sukai Padas Damit, Beaufort,
dan Pusat Menunggu Peraih Getah Kg Sukai Padas Damit, Beaufort.


Penduduk Kampung ketika musibah ketiadaan bekalan air atau keputusan bekalan air.
Tangki akan di pinjam dari sesama masyarakat di Kg Sukai Padas Damit, Beaufort.


Itulah kampungku yang sudah BERJAYA (10 tahun sebelum merdeka). Damai hati melihat, dan sejuk mata memandang.

Kemiskinanan dari infrastruktur, melambatkan pembangunan mereka. Kemiskinan dari pembangunan entah bila akan me'melik'kan mata para kumpulan berkelayakan membantu mereka erti kemajuan. Erti Internet.

Datanglah, ke kampungku, bawalah pembangunan yang diidamkan. Kalau 'orang kuning DiGi' mampu menyanyi lagu 'We will follow you' di hutan Sarawak (agaknya), atau sedikit lagi menghampiri angkasa lepas. Di sini tidak. Tiada nyanyian 'We will follow you' dapat didendangkan. Tiada sepakan Micheal Owen Celcom, malah tiada Maxis mahupun apajua talian tetap laluan perhubungan internet.

Kampungku yang kusayangi dan kucintai tunggulah pembangunanmu..... Tunggulah kucing yang akan bertanduk.

Kampungku yang sudah BERJAYA. Demimu kuusahakan sesuatu bukan untuk ku, tapi untukmu yang bernama Kg. Sukai Padas Damit, Beaufort.

Nukilan, khas buat Pemimpin Nombor Satu Negara, buat Kampungku Kg Sukai Padas Damit, Beaufort, Sabah.

Dari KLIA - 3 Kota (Sibu, Kapit dan akhirnya ke Sarikei)