Thursday, February 21, 2008

Pilihanraya Oh... Pilihanraya, Semoga Kampungku (Kg. Sukai Padas Damit, Beaufort) Maju 50 Langkah Lagi

"Selamat Datang Bakal Pemimpin Baru N27" Ucapan anak rantau buat Kamarlin Ombi.

Melihatkan keratan akhbar Berita Harian Online, (Khamis, 21 Februari 2008) rasa terpanggil untuk melambaikan 'Nunu abar tangahnyok?' (Apa khabar Tuan?) buat calon UMNO N27 Lumadan yang baru.

Buat Bekas Cikgu SK Padas Damit (kata ayahku), bantulah Kampungku yang jauh tertinggal 50 trilion batu majunya dari kampung-kampung lain.

P177 Beaufort Datuk Lajim Ukin (BN-Umno)
N25 Klias Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Umno)
N26 Kuala Penyu Belum Diumumkan (BN-UPKO)

P178 Sipitang Datuk Sapawi Ahmad (BN-Umno)
N27 Lumadan Kamarlin Ombi (BN-Umno)
N28 Sindumin Ahmad Bujang (BN-Umno)
Umumnya, semua nama ini cukup familiar dihatiku. Cuma masa belum menemukannya untuk bersembang sama. Takut juga di gelar monyet yang menagih pisang di suatu hari. Kupasti tidak sebegitukan, tuan-tuan YB. Namun kini, mereka tidak jauh dariku, cuma selambai salam 'insyaallah' dariku.

Datuk Sapawi Ahmad umpamanya, pernah kukenal sebagai orang biasa di TASKI ABIM Tanjung Aru. Zaman-zaman aku sebagai kader ABIM di Yayasan Budi Akademik, Kota Kinabalu.

Kamarlin Ombi, pula Olon Tokow kata ayahku, bekas seorang guru sekolahku di suatu waktu dahulu. Samalah juga seperti Cikgu
Mahdzir Khalid (Kini Datuk Seri Mahdzir Khalid) Pengerusi BN Kedah.

Apa yangku bangga, mereka naik maju kehadapan. Kuharap jalan yang terbengkalai dari bumi Kuala Balik, Padas Damit, Beaufort sampai ke penghujung jalannya. Apa yangku harapkan, Kg Sukai Padas Damit, Beaufort direntasi jalan tar dengan jambatan usang berzaman ditukar lebih bertamadun (bersebelahan Kebun Ladang Pokok Jarak Datuk Dayang Mahani tu). Apa yangku harapkan talian telefon merintangi dari rumah ke rumah kampungku.

Nak dikatakan mahal ke pembangunan untuk Kg Sukai Padas Damit, Beaufort tu? Takde la. jalan kampung batu hanya RM200/- selori. Selori boleh digunakan untuk ketahanan sedalam 4 kaki (Kalau tak ikut standard jalan). Dari jalan utama cuma 700 meter. So baru berapa?

Nak kira belanja tar jalan (kalau takde bengkok) cuma RM50/- pukul bersih bagi selori setengah batu. Sap sap sui... tak habis duit peruntukan UMNO dan Negeri bagi membangunkan Kampungku. Tidak dikira lagi duit peruntukan pembangunan persekutuan. Nak cerita RMK-9, tak payah la. Nak cerita SDC juga tak payah la.

Cuma pesanku, buat bakal YB N27 Lumadan, saudara Kamarlin Ombi jayakanlah Kampung Sukai Padas Damitku. Jangan hanya Kg Lupak semata. Janganlah sampai Komuniti Bestari (KomBes) mengangkat nama.

Akhir kata 'SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERJAYA' dariku anak rantau yang sentiasa memantau perkembangan pembangunan Kg SUkai Padas Damit, Beaufort. Sabah. Buat ex-YB, SELAMAT JUGA BUATMU, TERIMA KASIH di atas penurapan jalan sepanjang entah berapa kilometer yang lalu. SAYONARA.

Walasalam buat YB.